Monday, 21 May 2012

KONVENSYEN NCDP1M MELAKA SEMPENA MELAKA 750 TAHUN

                                       

Pada 21 April 2012, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah menganjurkan Konvensyen Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDP1M) Peringkat Negeri Melaka sempena sambutan Melaka 750 tahun. Konvensyen yang diadakan julung- julung kali itu telah disertai dan dimeriahkan lagi oleh peserta-peserta intervensi Program NCDP1M dari seluruh Malaysia termasuk negeri Sarawak. Ia bertujuan untuk berkongsi pengalaman berkaitan pelaksanaan dan pencapaian Program NCDP1M yang diadakan di setiap negeri disamping memperkukuhkan lagi program NCDP1M yang sedia terutama di negeri Melaka.

Di antara aktiviti pengisian program konvensyen adalah pembentangan projek-projek NCDP1M setting komuniti dari setiap negeri dan pembentangan poster projek bagi setting sekolah dan tempat kerja. Sambutan yang amat menggalakkan telah diterima dari setiap negeri dan menyaksikan pencapaian hebat projek NCDP1M dari setiap negeri.

Semoga dengan berlangsungnya konvensyen seperti ini, perkongsian maklumat dan pengalaman dapat menjadi pemangkin kepada kemantapan dan pembangunan program NCDP1M atau One Stop Centre for Health Periksa Sendiri Kesihatan Anda di Melaka.

                One Stop Centre for Health - sesiapa saja boleh menilai tahap kesihatan sendiri

Thursday, 12 April 2012

2012 : Permulaan Baru Untuk Gaya Hidup Sihat Melalui One Stop Centre for Health Periksa Sendiri Kesihatan Anda

Tahun Baru 2012 telah pun bermula. Mulakan tahun baru anda dengan semangat dan azam baru terutama dari segi kesihatan! Tahniah diucapkan kepada semua peserta/client One Stop Centre for Health Periksa Sendiri Kesihatan Anda di seluruh negeri Melaka yang telah berjaya mengikuti program dengan jayanya selama tempoh 6 bulan dan berjaya menurunkan berat badan!Tahniah!

Namun, bagi yang belum berjaya jangan berputus asa!Anda masih belum terlambat dan masih berpeluang menurunkan berat badan dan mencapai berat badan yang ideal!!


One Stop Centre for Health Periksa Sendiri Kesihatan Anda di Melaka akan memulakan program penurunan berat badan bagi tahun 2012 di semua centre-centre di seluruh negeri Melaka. Bermula JANUARI 2012 yang lalu anda boleh menyertai centre-centre kami di seluruh negeri Melaka dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti menarik kami setiap minggu SECARA PERCUMA!

Antara aktiviti-aktiviti yang menanti anda:
1. Senamrobik
2. Futsal
3. 10000 Langkah
4. Demo dan pertandingan Masakan
5. Saringan pemeriksaan kesihatan termasuk timbang berat badan, pemeriksaan paras gula dalam darah, pemeriksaan tekanan darah, ukur lilit pinggang dan pinggul

dan banyak lagi!!!..Kenapa program ini dipanggil Periksa Sendiri Kesihatan Anda? Kerana anda sendiri yang akan memeriksa tahap kesihatan anda dan merancang perjalanan program mengikut keselesaan anda sendiri!!

Menarik bukan!

Jadi, apa tunggu lagi..daftarkan diri anda segera ke centre-centre berhampiran anda sekarang! dan semua aktiviti adalah PERCUMA!!

Senarai centre-centre untuk One Stop Centre for Health Periksa Sendiri Kesihatan Anda di Melaka.

Daerah Melaka Tengah:
1. Japerun Paya Rumput
2. Japerun Pantai Kundur
3. Japerun Bachang
4. Japerun Sg Udang
5. Japerun Ayer Molek
6. Japerun Semabok
7. Japerun Bukit BAru
8. Balairaya Bukit RAmbai
9. JKK Pulau Gadong
10. IPK Melaka
11. IPK Melaka Tengah
12. Wisma Negeri
13. Wisma Persekutuan
14. Seri Negeri
15. Kementerian Dalam Negeri
16. MAjlis Bandaraya Melaka Bersejarah
17. Ibu Pejabat Bomba
18. Dewan Serbaguna Pantai Peringgit
19. Dewan Serbaguna Taman Merdeka
20. Dewan Seri Rampai Tengkera
21. Air Keroh

Alor Gajah:
1. Kg Panchor
2. Kg Kelemak
3. Japerun Gadek
4. Japerun Rembia
5. Japerun Lubok China
6. Kg Pulau Sebang Selatan
7. MPAG
8. IPD Alor Gajah
9. Pejabat Daerah Alor Gajah

Jasin:
1. Kg Rim
2. Japerun Serkam
3. Japerun Asahan
4. Balairaya Taman Harmoni
5. Majlis Perbandaran Jasin
6. Pejabat Daerah Jasin
7. IPD Jasin