Monday, 21 May 2012

KONVENSYEN NCDP1M MELAKA SEMPENA MELAKA 750 TAHUN

                                       

Pada 21 April 2012, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah menganjurkan Konvensyen Pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDP1M) Peringkat Negeri Melaka sempena sambutan Melaka 750 tahun. Konvensyen yang diadakan julung- julung kali itu telah disertai dan dimeriahkan lagi oleh peserta-peserta intervensi Program NCDP1M dari seluruh Malaysia termasuk negeri Sarawak. Ia bertujuan untuk berkongsi pengalaman berkaitan pelaksanaan dan pencapaian Program NCDP1M yang diadakan di setiap negeri disamping memperkukuhkan lagi program NCDP1M yang sedia terutama di negeri Melaka.

Di antara aktiviti pengisian program konvensyen adalah pembentangan projek-projek NCDP1M setting komuniti dari setiap negeri dan pembentangan poster projek bagi setting sekolah dan tempat kerja. Sambutan yang amat menggalakkan telah diterima dari setiap negeri dan menyaksikan pencapaian hebat projek NCDP1M dari setiap negeri.

Semoga dengan berlangsungnya konvensyen seperti ini, perkongsian maklumat dan pengalaman dapat menjadi pemangkin kepada kemantapan dan pembangunan program NCDP1M atau One Stop Centre for Health Periksa Sendiri Kesihatan Anda di Melaka.

                One Stop Centre for Health - sesiapa saja boleh menilai tahap kesihatan sendiri